Komik ‘Hai SME’

Opsss.. jaga – jaga jika kedai kita ada memasang kamera litar pintas atau CCTV untuk tujuan sekuriti…
Bukan tidak boleh, tetapi ada etika datanya juga jika kamera kita merekod keluar masuk muka pelanggan.
Jom lihat apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan melalui komik pendek tiada dialog di bawah.

Jangan sekadar letak kamera saja di kedai.
Letaklah juga notis pemberitahuan di kedai. Maklumkan kedai kita ada CCTV yang merekod muka dan pergerakan pelanggan untuk tujuan sekuriti (walaupun pelanggan tak nampak lokasi CCTV kita di mana).
Video rakaman CCTV itu juga data. Muka pelanggan pula di bawah kategori data yang sensitif. Jika salah gaya, boleh melanggar privasi individu.
Sebaiknya juga, buang dari rekod selepas 2 atau 3 bulan, kecuali ada hal – hal tertentu yang perlu untuk bisnes kita simpan.
Itulah cara sebaiknya dan beretika dari perspective mereka yang bijak data dan undang – undang.
Nota Kaki – Walaupun komik di atas dijana dengan bantuan AI untuk memudahkan penceritaan, isinya masih original!




