Baca kisah-kisah di belakang tabir CelikData.com di sini
Bacaan selama
dan sebanyak
Apa itu CelikData.com?
CelikData.com adalah sebuah portal yang akan membantu golongan pemilik bisnes kecil dan sederhana untuk memahami data-data bisnes yang mereka ada.
Kenapa saya sebagai pemilik bisnes perlu faham kuasa data?
Kita sedang bergerak ke arah dunia yang akan dipelopori oleh kuasa AI (Artificial Inteligence). Jika kita tidak menggunakannya untuk bisnes kita, kita akan tertinggal dari arus zaman.
Malaysia pun ada cita-cita mahu menjadi sebuah negara AI pada tahun 2030. Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja kita akan sampai tahun 2030 ini. Mari kita siapsiagakan bisnes kita ke arah sasaran ini.
Apa pula kaitan AI dengan data?
Kuasa AI itu, asasnya tetap adalah data.
Secara mudahnya, AI adalah teknologi mesin yang bijak pandai, tetapi dia tetap perlu belajar untuk menyesuaikan kepandaian dia dengan masalah yang dia hadapi. Jadi, dia perlukan data juga seperti mana manusia belajar daripada pengalaman.
Apa yang kuasa data boleh buat untuk bisnes saya?
Jika dulu, kita berniaga dan membuat keputusan bisnes berdasarkan pengalaman jatuh bangun bisnes bertahun-tahun. Pengalaman dan intuisi bisnes itu masih dan tetap berharga, cuma, tambahlah dengan kuasa data.
Data itu adalah fakta-fakta tentang bisnes kita, antaranya dengan siapa kita berurusan, waktu bilakah yang sesuai untuk saya menjual, berapa banyak produk yang saya patut beli untuk memenuhi permintaan, bolehkah saya jangka permintaan produk saya untuk beberapa tahun, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengeluarkan kempen-kempen marketing tertentu, dan lain-lain lagi kuasa data.
Sinergi data, pengalaman dan intuisi inilah yang akan memacu bisnes kita.
Siapa pula tim di belakang CelikData.com?
CelikData.com dibantu tim belakang tabir yang terdiri daripada beberapa orang (manusia dan juga ejen AI). Founder CelikData.com adalah seorang profesional data yang terlibat secara aktif dalam bidang digital, data dan AI sejak tahun 2010 lagi. Berpengalaman membantu organisasi menguruskan data – data organisasi bersaiz besar mereka secara strategik. Pengalaman professionalnya diiktiraf melalui sebuah badan antarabangsa yang dipanggil CDMP (Certified Data Management Professional) dan masih aktif sehingga kini.
Selain itu, beliau juga pernah membangunkan bisnes kecil beberapa kali bersama rakan-rakan lain. Melalui pengalaman kecil bersama rakan – rakan SME ini, beliau mahu menggunakan pengalaman yang beliau ada untuk sama-sama membangun ekosistem data di Malaysia, khusus untuk pendiri bisnes kecil dan sederhana. Juga dipanggil Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Apa istimewanya PMKS kepada CelikData.com?
Perusahaan inilah yang membangunkan ekonomi Malaysia. Lebih 96 peratus atau 1 juta PMKS telah direkodkan pada tahun 2024 berbanding keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia. Apa yang lebih menarik, lebih 80 peratus daripada 1 juta PMKS ini didominasi sektor perkhidmatan seperti perdagangan, hotel dan restoran, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.
Namun begitu, majoriti PMKS di Malaysia (70%) masih terdiri daripada perusahaan mikro, iaitu perniagaan yang jualan tahunannya masih di bawah RM300k atau jumlah pekerjanya kurang daripada 5 orang.
Membaca fakta ini, timbul tanda tanya kepada tim CelikData.com, apakah mengurus data secara strategik boleh membantu mereka untuk pergi lebih jauh. Melompat naik kategori berubah daripada perusahaan Mikro kepada Kecil dan seterusnya Sederhana.
Tim CelikData.com juga tahu, PMKS ada prioriti bisnes yang lebih penting daripada mengambil professional digital, AI atau data untuk bekerja dengan mereka secara tetap. Maka, atas sebab inilah, CelikData.com diwujudkan untuk membantu mereka.
Bagaimana saya boleh menghubungi tim CelikData.com?
Buat masa ini, kami hanya menerima emel. Cik C, ejen AI kami masih dalam pembinaan. Boleh hantar emel seperti alamat di bawah.
